Pages

Tuesday, May 22, 2012

Perkembangan HABIB Jewels

pada 1970-an menambah dua cawangan iaitu Siti Emas dan Puteri Emas di Kuala Lumpru, tetapi kedua-duanya kurang memberangsangkan, mungkin kerana nama tidak begitu komersial maka tidak lama selepas itu ia ditutup dan membuka cawangan di Semua House, Kuala Lumpur pada 1987. Habib menghasilkan sendiri produk daripada bahan mentah kepada barangan siap. Produk-produk yang menghasilkan produk yang diingini wanita seperti bercorak flora dengan hasil berkualiti.

Anak lelaki Tuan Haji Habib Mohamed ialah Meer Sadik (Datuk) mengambil jurusan perniagaan. Selepas tamat belajar, beliau terus bekerja di bilik pameran Habib di Semua House secara sambilan. Meer pada masa itu juga meminati bidang pengiklanan dan beliau mendapat banyak tawaran menjadi model iklan. Beliau sangat percaya terhadap pelaburan di dalam kegiatan pemasaran dan pengiklanan melalui media massa dan sangat agresif memasarkan Habib menerusi radio dan televisyen. Pelanggan semakin ramai mengunjungi bilik pameran Habib. Sejak Meer menerajui perniagaan, beliau menggalakkan pengiklanan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Kombinasi antara didikan moden dan cara tradisional membina perniagaan menjadi kombinasi unik dan bermanfaat. walaubagaimanapun bagi mengekalkan perniagaan ini dan menampung kos, Habib melakukan pelbagai kerja seperti membuka kedai bunga, kedai menjual kekabu bantal serta serbuk kopi.

Meer ahli gemologi terlatih daripada Gemological Institute of America, dan pemegang ijazah pengurusan perniagaan. Beliau menjadi Pengarah Urusan dibantu isterinya Zarida (Datin Zarida Noordin), banyak perubahan dilakukan termasuklah mempergiatkan promosi dengan kos pengiklanan media cetak dan televisyen dan ia mencecah ratusan ribu ringgit. Kerja-kerja keras yang dilakukan melayakkan Habib menerima beberapa anugerah berprestij seperti memenangi Reader’s Digest Trusted Brand Award untuk beberapa tahun.



Anugerah yang pernah Habib menangi antaranya ialah pada 2001 The Malaysian Book of Records untuk rekaan Bangunan Berkembar Petronas yang direka dengan berlian, batu permata dan emas dengan nilai lebih RM1 juta. Pada tahun yang sama, Habib menerima Anugerah The ‘Best Retailer in Jewellery and Timepieces’ daripada Suria KLCC apabila memperkenalkan koleksi berlian coklat yang dikenali Habib’s Hazel Collection.

Pada 2002, Habib menerajui pasaran antarabangsa menerusi kerjasama dengan jenama barangan kemas terkemuka dari Itali Chimento dan juga jenama berlian Hearts On Fire, berlian yang mempunyai potongan terbaik dunia. Pada tahun itu juga, sekali lagi Habib menerima ‘Best Retailer in Jewellery and Timepieces’ Award daripada pengurusan Suria KLCC. Rekaan kreatif Habib iaitu rekaan baju dalam wanita yang direka dengan 100 peratus emas, dicalonkan dalam 100 pencalonan pertama The Gold Virtuosi Award, yang diiktirafkan oleh badan antarabangsa The World Gold Council.

Sekali lagi Habib tersenarai di Malaysian Book of Records untuk rekaan gaun berlian termahal dunia bernilai RM19 juta. Gaun eksklusif ini diikat menggunakan 2,500 butir berlian Hearts On Fire.

Habib juga menjadi jenama barangan kemas pertama tersenarai di papan utama Bursa Saham Malaysia. Pada 2003 dan 2004, Habib menerima sekali lagi ‘Best Retailer in Jewellery and Timepieces’ Award daripada pihak pengurusan kompleks Suria KLCC, sementara pada 2005 sehingga 2007 Habib mengekalkan prestasinya untuk menerima anugerah ‘Gold Trusted Brand’ untuk kategori jenama barangan kemas yang boleh dipercayai daripada Reader’s Digest Trusted Brands Awards. Pada 2007, jenama itu memenangi anugerah the Brand Laureatte 2008/2009 di dalam kategori, Jenama Barangan Kemas Terbaik dan Penjenamaan Korporat.

Cawangan Habib:

1. Ampang Point
2. Suria KLCC
3. Semua House, Jalan Masjid India
4. Alpha Angle
5. Bangsar Village II
6. The Curve, Petaling Jaya
7. Plaza Shah Alam, Selangor
8. Bangunan satelit, KLIA
9. Alamanda Shopping Centre, Putrajaya
10. Plaza Angsana, Johor Bahru
11. Central Square, Sungai Petani
12. The Spring, Kuching
13. Mydin Mall, Kuala Terengganu
14. Mydin Mall, Pitt Street, Pulau Pinang
15. Gurney Plaza, Pulau Pinang
16. Queensbay Mall, Pulau Pinang
17. 1 Borneo, Kota Kinabalu, Sabah
18. Mydin Mall, Subang Jaya
19. Mydin Mall, Ayer Keroh
20. Suria, Sabah (terbaru yang akan dibuka pada 4 Disember 2009)

No comments:

Post a Comment