Pages

Friday, May 25, 2012

Rujukan

Profile


Datuk Habib Mohamed Abdul Latif

Jawatan: Pengasas Habib

Usia: 83 tahun

Asal: Pulau Pinang

Nama isteri: Ummu Latifah (Allahyarhamah)

Bilangan anak: 5

Nama anak: Siraj, Siti Jawaahari, Sabariah, Meer Sadik dan Siti Shariffah


Rekaan Habib

Pada peringkat awal orang membeli emas kerana ia adalah emas dan perhiasan wanita, aset pelaburan yang bernilai tinggi. Tetapi lama kelamaan, Habib mampu menghasilkan sendiri produk yang dingini. Evolusi aksesori sama seperti emas juga. Pada 60-an memperkenalkan gelang cerai, tetapi hari ini ia tidak begitu popular. Kini pelbagai motif seperti haiwan dan serangga pula orang suka, justeru kita perlu ikut peredaran zaman dan yang bagaimana wanita suka. Habib mengenali kehendak pelanggan menerusi perhiasan yang mereka pakai dan menerusi itu dapat tahu jenis mana pelanggan sasaran. Selain itu juga menawarkan kerjasama dengan syarikat berprestij seperti Queen’s Heart Collection dan Hearts on Fire (Amerika Syarikat). Untuk bertahan sejauh ini, Habib juga membabitkan diri dalam pelbagai pameran perdagangan termasuk di Timur Tengah dan Eropah.

Persaingan

Habib berpendapat untuk berjaya dalam bidang ini perlu bekerja keras dan jujur dalam apa yang lakukan. Penarikkan dan perbezaan Habib dengan jenama lain ialah Habib sekadar menjual, sebaliknya memberikan rundingan kepada pelanggan. Malah Habib mempunyai pelanggan yang sangat setia kerana yakin dengan produk dan kualiti yang ditawarkan. Sungguhpun kedai barang kemas tumbuh bagai cendawan lepas hujan, Elemen utama pertahanan Habib adalah kejujuran. Syarikat menjadi peniaga barangan kemas pertama di Malaysia tersenarai pada papan kedua Bursa Malaysia(selepas 1998 dikenali sebagai Kuala Lumpur Stock Exchange). Pada 2002, syarikat induk, Habib Corp Bhd, berpindah ke papan utama. Syarikat kemudian berubah kepada penswastaan pada 2005.

Tuesday, May 22, 2012

Perkembangan HABIB Jewels

pada 1970-an menambah dua cawangan iaitu Siti Emas dan Puteri Emas di Kuala Lumpru, tetapi kedua-duanya kurang memberangsangkan, mungkin kerana nama tidak begitu komersial maka tidak lama selepas itu ia ditutup dan membuka cawangan di Semua House, Kuala Lumpur pada 1987. Habib menghasilkan sendiri produk daripada bahan mentah kepada barangan siap. Produk-produk yang menghasilkan produk yang diingini wanita seperti bercorak flora dengan hasil berkualiti.

Anak lelaki Tuan Haji Habib Mohamed ialah Meer Sadik (Datuk) mengambil jurusan perniagaan. Selepas tamat belajar, beliau terus bekerja di bilik pameran Habib di Semua House secara sambilan. Meer pada masa itu juga meminati bidang pengiklanan dan beliau mendapat banyak tawaran menjadi model iklan. Beliau sangat percaya terhadap pelaburan di dalam kegiatan pemasaran dan pengiklanan melalui media massa dan sangat agresif memasarkan Habib menerusi radio dan televisyen. Pelanggan semakin ramai mengunjungi bilik pameran Habib. Sejak Meer menerajui perniagaan, beliau menggalakkan pengiklanan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Kombinasi antara didikan moden dan cara tradisional membina perniagaan menjadi kombinasi unik dan bermanfaat. walaubagaimanapun bagi mengekalkan perniagaan ini dan menampung kos, Habib melakukan pelbagai kerja seperti membuka kedai bunga, kedai menjual kekabu bantal serta serbuk kopi.

Meer ahli gemologi terlatih daripada Gemological Institute of America, dan pemegang ijazah pengurusan perniagaan. Beliau menjadi Pengarah Urusan dibantu isterinya Zarida (Datin Zarida Noordin), banyak perubahan dilakukan termasuklah mempergiatkan promosi dengan kos pengiklanan media cetak dan televisyen dan ia mencecah ratusan ribu ringgit. Kerja-kerja keras yang dilakukan melayakkan Habib menerima beberapa anugerah berprestij seperti memenangi Reader’s Digest Trusted Brand Award untuk beberapa tahun.



Anugerah yang pernah Habib menangi antaranya ialah pada 2001 The Malaysian Book of Records untuk rekaan Bangunan Berkembar Petronas yang direka dengan berlian, batu permata dan emas dengan nilai lebih RM1 juta. Pada tahun yang sama, Habib menerima Anugerah The ‘Best Retailer in Jewellery and Timepieces’ daripada Suria KLCC apabila memperkenalkan koleksi berlian coklat yang dikenali Habib’s Hazel Collection.

Pada 2002, Habib menerajui pasaran antarabangsa menerusi kerjasama dengan jenama barangan kemas terkemuka dari Itali Chimento dan juga jenama berlian Hearts On Fire, berlian yang mempunyai potongan terbaik dunia. Pada tahun itu juga, sekali lagi Habib menerima ‘Best Retailer in Jewellery and Timepieces’ Award daripada pengurusan Suria KLCC. Rekaan kreatif Habib iaitu rekaan baju dalam wanita yang direka dengan 100 peratus emas, dicalonkan dalam 100 pencalonan pertama The Gold Virtuosi Award, yang diiktirafkan oleh badan antarabangsa The World Gold Council.

Sekali lagi Habib tersenarai di Malaysian Book of Records untuk rekaan gaun berlian termahal dunia bernilai RM19 juta. Gaun eksklusif ini diikat menggunakan 2,500 butir berlian Hearts On Fire.

Habib juga menjadi jenama barangan kemas pertama tersenarai di papan utama Bursa Saham Malaysia. Pada 2003 dan 2004, Habib menerima sekali lagi ‘Best Retailer in Jewellery and Timepieces’ Award daripada pihak pengurusan kompleks Suria KLCC, sementara pada 2005 sehingga 2007 Habib mengekalkan prestasinya untuk menerima anugerah ‘Gold Trusted Brand’ untuk kategori jenama barangan kemas yang boleh dipercayai daripada Reader’s Digest Trusted Brands Awards. Pada 2007, jenama itu memenangi anugerah the Brand Laureatte 2008/2009 di dalam kategori, Jenama Barangan Kemas Terbaik dan Penjenamaan Korporat.

Cawangan Habib:

1. Ampang Point
2. Suria KLCC
3. Semua House, Jalan Masjid India
4. Alpha Angle
5. Bangsar Village II
6. The Curve, Petaling Jaya
7. Plaza Shah Alam, Selangor
8. Bangunan satelit, KLIA
9. Alamanda Shopping Centre, Putrajaya
10. Plaza Angsana, Johor Bahru
11. Central Square, Sungai Petani
12. The Spring, Kuching
13. Mydin Mall, Kuala Terengganu
14. Mydin Mall, Pitt Street, Pulau Pinang
15. Gurney Plaza, Pulau Pinang
16. Queensbay Mall, Pulau Pinang
17. 1 Borneo, Kota Kinabalu, Sabah
18. Mydin Mall, Subang Jaya
19. Mydin Mall, Ayer Keroh
20. Suria, Sabah (terbaru yang akan dibuka pada 4 Disember 2009)

Monday, May 21, 2012

Sejarah

Sejarah Habib Jewel dengan nama bisnes M.A. Habib Mohamed bermula di Pitt Street, Pulau Pinang. Diasakan oleh Tuan Haji Habib Mohamed pada tahun 1958 bermulalah sebagai peniaga barangan kemas dengan modal RM3,800. Mengambil barang kemas daripada kedai pajak dan bersihkan menjadi cantik lalu dijual kepada kedai emas lain, seperti pemborong. Bermula secara kecil-kecilan sebagai bisnes keluarga, ia berkembang sebagai Habib Corpora Berhad yang tersenarai sebagai bisnes berlian pertama disenaraikan dalam papan bursa saham pada tahun 1999 dibawah kepimpinan anak lelakinya Meer Sadik Habib.



Perkembangan Habib Jewel bukan sahaja sebagai bisnes berlian semata-mata, ia berkembang dalam pembuatan, jualan, pemasaran dan francais.Sehingga kini Habib mempunyai 14 cawangan di seluruh negara.

Pengenalan



Habib membina langkah sebagai MA Habib Mohamed di Pit Street, Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai ‘Jewellery Corner’. Bermula sebagai perniagaan keluarga yang diusahakan secara kecil-kecilan, ia berkembang kepada Habib Corporation Berhad yang menyediakan pelbagai pilihan barangan kemas untuk semua golongan usia.